Surat Untuk Cikgu-dari ‘budak itu’

I read a post on FB by my online friend.  I sobbed.  The post really touched me, as if it was written on behalf of azfar.  I asked the writer’s permission to translate into Bahasa Melayu so that I can send the letter to my son’s teachers. The translation may not carry the exact intention of the writer but I tried my best to translate it.

Kehadapan Guru ‘budak itu’

Kesungguhan dan kecekalan Cikgu jelas dilihat.  Keletihan jelas tergambar sedang Cikgu berjalan keluar dari pagar kawasan PPKI (BP) sekolah; begitulah berakhirnya rutin persekolahan.  Cikgu dengan senyuman ikhlas melambai ‘bye-bye’ kepada ‘pelajar itu’ dengan rasa sedikit lega.

Sebagai seorang ibu kepada anak ADHD yang berkeperluan khas. saya faham, amat faham!  Ianya hari yang sukar.

Saya memahami perasaan Cikgu.  Perbincangan di ruang rehat guru berkisarkan kesungguhan Cikgu untuk memberikan yang terbaik kepada  pelajar itu dan hanya yang terbaik akan dia perolehi. Mulia sungguh jasa dan usahamu!  Begitu jugalah yang dibicarakan oleh guru pra-sekolah khas ‘pelajar itu’ pada tahun lepas; berkisarkan usaha untuk memberikan yang terbaik.  Saya pasti itu memberikan sedikit kelegaan padamu, Cikgu.

Ya saya faham!, Amat faham bagaimana perasaanmu Cikgu. Saya berjanji saya bukan disini untuk menilai jauh sekali menjatuh hukum padamu; tetapi sebaliknya.

Saya tahu Cikgu bersungguh dalam mendidik, mengajar ‘pelajar itu.  Jelas terzahir pada riak wajah dan postur Cikgu.  Segala usaha dilontarkan untuk ‘pelajar itu’ namun, kadangkala ada seperti yang tidak kena, tidak cukup, benarkan Cikgu?  Ada masa-masa tertentu ‘pelajar itu sangat sukar difahami, sukar untuk Cikgu tangani, dan ada kalanya seperti ‘pelajar itu’ sengaja mencabar kesungguhan Cikgu, bukankah begitu Cikgu? Ketahuilah wahai Cikgu, saya faham perasaan itu.  Saya juga melaluinya.

Saya ingin berkongsi sesuatu denganmu Cikgu. Rehatlah sebentar kerana hari ni ada sesuatu yang ingin ‘pelajar itu’ sampaikan untukmu, Cikgu.


budak itu

Kepada Cikgu

“Cikgu, saya perlukan Cikgu!”

Memang benar saya sukar untuk ditangani, sukar untuk dikawal.  Saya juga kerap menerjah dan mencabar Cikgu dari pelbagai cara sehinggakan Cikgu tertanya-tanya apa sebenarnya yang Cikgu sedang lakukan.  Tetapi, saya perlukan Cikgu! Saya perlukan Cikgu untuk terus membimbing saya, menunjukkan arah tujuan sebenar.  Saya perlu Cikgu untuk melakar objektif yang wajar dan bantu saya untuk fahaminya.

Saya tahu yang Cikgu tidak mengenali saya.  Tetapi, sekiranya Cikgu kenal diri saya, saya pasti kita akan jumpa ‘chemistry’ itu dan kita boleh jalan seiring. Cikgu, tolonglah saya, saya perlukan Cikgu berjuang untuk mengenali saya.  Saya tidak boleh menzahirkannya melalui perkataan, tetapi saya perlu Cikgu tau dan faham yang saya mungkin bertindak sebaliknya.  Itulah tanda yang saya perlukan Cikgu.  Mungkin Cikgu saja yang saya ada.

Ada 8 orang pelajar di dalam kelas khas ini.  Mereka juga perlukan Cikgu. Tetapi, Cikgu. Saya perlukan Cikgu!  Saya perlu Cikgu untuk mencari dan mengenalpasti kelebihan yang wujud disebalik kekurangan diri ini.  Mungkin Cikgu-cikgu lain dan orang lain tidak dapat melihat kelebihan yang wujud dalam diri saya. Acapkali saya sendiri tidak dapat mengetahui kelebihan diri saya. Mungkin kerana hanya kelemahan yang hanya diperkatakan. Mungkin….

Saya tau saya mencabar. Saya kadangkala (mungkin kerap) menggangu perjalanan kelas dan perancangan Cikgu pada hari-hari itu. Percayalah Cikgu, semua itu hanya untuk menarik perhatian Cikgu. Semua itu untuk mengingatkan yang saya perlukan Cikgu. Semua itu adalah ‘tangisan dalaman’ yang memanggil pertolongan darimu Cikgu.  Segala tindak tanduk nakal itu bukanlah untuk menyerang atau menyusahkanmu.  Tolonglah fahami saya Cikgu. Saya perlukan Cikgu untuk percaya yang saya boleh lakukannya! Cumanya..saya tidak tahu bagaimana.

Kerapnya saya menyukarkan keadaan tetapi Cikgu, saya perlukan Cikgu.  Lihatlah diri ini, jauh ke dalam diri ini.  Janganlah Cikgu hanya melihat kenakalan saya, ‘meltdowns’, ‘tantrums’, ‘hyperactivity’ saya. Saya perlukan Cikgu untuk lihat disebalik semua itu.  Mungkin hanya Cikgu sahaja yang dapat ‘bercakap’ dengan diri saya. Mungkin ia mengambil masa. Mungkin ia perlukan kesabaran. Mungkin juga, ia perlukan satu pendekatan yang baru yang belum pernah Cikgu ketahui atau guna sebelum ini.  Tetapi Cikgu, percayalah saya perlukan Cikgu!  Saya perlukan Cikgu, kesungguhan Cikgu untuk lihat diri saya yang sebenar.

Kerjaya pendidik ini Cikgu pilih pastinya untuk memberikan sesuatu kepada anak murid, memberikan sesuatu yang baru!  Dengarlah Cikgu, sayalah sesuatu itu!! Sayalah sesuatu itu yang perlukan Cikgu.  Percayalah wahai Cikgu, sekiranya Cikgu dapat membimbing saya, hidup saya akan bermakna, peluang yang tidak pernah saya lihat akan terdampar luas.  Cikgu akan dapat memberikan perubahan yang tiada sebarang ujian dan instrument dapat sangkalkan.

Mungkin tidak hari ini, mungkin juga tidak esok tetapi percayalah,  sekiranya Cikgu dapat ketahui yang saya perlukan Cikgu, pasti Cikgu akan buat sesuatu.

Tolonglah Cikgu!

-signed ‘budak itu’

This is the original post in English >>> A Letter to the Teacher of ‘that kid’

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s